Pengenalan

Terdapat banyak data peringkat satu bagi ekonomi utama pada minggu ini. Memandangkan tumpuan Rizab Persekutuan adalah terhadap inflasi, CPI AS adalah sangat penting. Namun begitu, terdapat data inflasi, jualan runcit dan pengeluaran perindustrian bukan sahaja di AS tetapi beberapa ekonomi utama lain juga.

Bagi Bank of England, terdapat banyak ketidakpastian mengenai saiz kenaikan kadar. Oleh sebab data UK peringkat satu yang lain juga akan dikeluarkan, pedagang GBP akan sentiasa berjaga-jaga sepanjang minggu ini.  

Perhatikan: 

  • Amerika Utara – Inflasi CPI dan PPI AS, serta jualan runcit dan pengeluaran perindustrian.
  • Eropah – Pengangguran UK, CPI dan jualan runcit, dengan faktor penting Bank of England. Inflasi akhir dan pengeluaran perindustrian Zon Eropah.
  • Asia – Pengeluaran perindustrian dan jualan runcit China, selain Pengangguran Australia dan KDNK New Zealand
  • Amerika Latin – Jualan runcit bagi Brazil dan Colombia, serta pengeluaran perindustrian Colombia.

Amerika Utara

Ramalan NB ialah konsensus terkini yang tersedia 

Dolar AS (USD)

USD sangat kukuh selama beberapa minggu, namun terdapat pengambilan untung yang mendadak pada hari Jumaat. Masih belum dapat dipastikan sama ada langkah ini berterusan sehingga minggu ini. Kami masih melihat hal ini sebagai peralihan trend balas kepada prospek positif USD yang lebih besar yang kami jangka akan berterusan. 

Terdapat banyak perkara untuk memastikan pedagang sentiasa berjaga-jaga pada minggu ini. CPI AS menjadi tumpuan utama, dengan ahli FOMC berulang kali menegaskan kedudukan hawkish untuk menangani inflasi. Melainkan terdapat bacaan yang secara mendadak lebih rendah daripada jangkaan, sukar untuk menjangkakan banyak perubahan pada kenaikan kadar Rizab Persekutuan sebanyak 75bps. 

Dolar Kanada (CAD)

CAD mungkin terus mengalami kesan daripada panduan yang samar-samar selepas kenaikan 75bps oleh Bank of Canada pada Rabu lalu. Tambahan pula, tiada data peringkat satu yang penting untuk Kanada pada minggu ini. Pedagang CAD akan memerhatikan pergerakan harga minyak (lantunan semula dalam harga minyak WTI akan menyokong CAD) dan selera risiko yang lebih luas untuk sebarang pergerakan CAD.

  • USD/CAD – Anjakan diteruskan dengan rintangan pada sekitar 1.3075/1.3210. Jika pergerakan pembetulan USD berterusan pada minggu ini, penurunan kembali ke arah 1.2895 boleh dijangkakan.

Komoditi

Kenaikan teknikal jangka pendek telah mengancam komoditi. Harga logam masih berkorelasi secara negatif dengan prospek USD. Jika USD mengumpul momentum untuk pembetulan pada minggu ini, kita boleh menjangkakan harga logam akan bergerak lebih tinggi dalam jangka pendek. Oleh sebab kami menjangkakan pembetulan USD hanya jangka pendek, lantunan semula pada logam mungkin mula mengalami kesukaran. Bagi minyak, tekanan kemelesetan mempengaruhi permintaan minyak dan dengan hanya pengurangan pengeluaran yang kecil daripada OPEC+, hal ini telah menjejaskan harga minyak. 

  • Minyak Mentah Brent – masih terus menjadi impian pedagang swing. Ayunan terkini yang lebih tinggi daripada sokongan baharu pada $88.25 boleh menyebabkan lantunan semula untuk menguji rintangan pada $93.25/$95.90.
  • Emas – penembusan yang jelas di atas rintangan pada $1727 membuka potensi pemulihan ke arah ujian trend menurun selama enam bulan dan jalur rintangan seterusnya pada $1754/$1765. Namun begitu, kami masih menjangkakan kenaikan jangka pendek sebagai peluang untuk menjual.
  • Perak – penembusan yang jelas bagi rintangan pada $18.70/$18.90 membuka potensi pemulihan ke arah $19.42/$19.54. Kenaikan masih kekal sebagai peluang untuk menjual.

Wall Street

Prospek untuk lantunan berterusan terletak pada kenaikan risiko yang luas dan pembetulan USD. Jika kedua-duanya berterusan, terdapat ruang untuk kenaikan teknikal jangka pendek untuk memacu lantunan semula dalam pasaran ekuiti. 

  • Niaga hadapan S&P 500 – pemulihan jangka pendek dalam trend menurun selama tiga minggu. Ujian pada jalur rintangan 4072/4110 akan menjadi pengukur utama sejauh mana pemulihan boleh diteruskan.
  • Niaga hadapan NASDAQ 100 – kenaikan teknikal jangka pendek dalam trend menurun selama tiga minggu akan berhadapan ujian penting dengan rintangan antara 12460/12565. Jika ini dapat diatasi, rintangan yang lebih penting pada 12825/12945 akan dicapai.
  • Niaga hadapan Dow – Pemulihan jangka pendek dalam trend menurun selama tiga minggu ditetapkan untuk menguji jalur rintangan 32190/32430 yang akan menjadi pengukur jangka pendek yang penting. 

Asia:

Ramalan NB ialah konsensus terkini yang tersedia 

Yen Jepun (JPY)

Terdapat sedikit jeda daripada yen yang semakin lemah pada hari Jumaat. Namun begitu, melainkan terdapat pemulihan yang kukuh dalam trend, tekanan masih ada untuk Bank of Japan campur tangan dalam menyokong JPY. Mesyuarat BoJ seterusnya adalah pada 28 September. 

  • USD/JPY – pasangan ini telah menjejaki semula paras harga secara mendadak daripada rintangan 144.99 dan persoalannya adalah sama ada ini ialah titik perubahan yang kukuh atau hanya pergerakan jangka pendek. Reaksi terhadap sokongan awal pada 138.90/139.40 akan menjadi pengukur.
  • AUD/JPY – dengan penembusan di atas 96.88 menunjukkan isyarat pembetulan jangka pendek, penurunan semula boleh dijangkakan. Pergerakan ke paras harga sokongan sekitar 95.30/96.20 jalur sokongan tidak boleh diketepikan.

Dolar Australia (AUD)

Lantunan mendadak untuk AU telah memulihkan beberapa prestasi buruk baru-baru ini (AUD tidak dibantu oleh reaksi yang tidak memberangsangkan terhadap kenaikan 50bps oleh RBA pada minggu lepas). Prestasi sekali lagi berkait rapat dengan prospek selera risiko. 

  • AUD/USD – tindak balas kepada jalur rintangan antara 0.6840/0.6880 akan menjadi faktor penting pada minggu ini. Jika kenaikan dapat mengatasi rintangan ini, ia akan menetapkan pasaran pada ayunan pemulihan baharu yang lebih tinggi.

Dolar New Zealand (NZD)

KDNK S2 New Zealand dijangka menunjukkan pertumbuhan yang baik sebanyak +0.8%. Namun begitu, daya penggerak selera risiko makro akan menjadi lebih ketara.

NZD/USD – selepas trend menurun yang kukuh sejak beberapa minggu lalu, terdapat tanda-tanda pemulihan jangka pendek untuk Kiwi. Kenaikan melalui jalur rintangan 0.6155/0.6190 akan menentukan sama ada momentum pemulihan yang serius boleh terbentuk.


Bahan ini adalah bagi tujuan maklumat umum sahaja dan tidak bertujuan sebagai (dan tidak boleh dianggap sebagai) nasihat kewangan, pelaburan atau nasihat lain yang digunakan sebagai pergantungan. INFINOX tidak diberikan kebenaran untuk memberikan nasihat pelaburan. Pendapat yang diberikan dalam bahan ini bukanlah bersifat cadangan daripada INFINOX atau penulis bahawa mana-mana pelaburan, sekuriti, transaksi atau strategi pelaburan tertentu itu sesuai bagi mana-mana orang tertentu.